Pemandangan ini aku rakamkan pada 23/10/2008 semasa aku berbasikal di sekitar kawasan Setia Alam yang bersempadan dengan Meru.
Mungkin tidak ramai di antara kita yang mengetahui di manakah letaknya Setia Alam. Ini adalah satu kawasan perumahan atau lebih tepatnya perbandaran baru di Shah Alam Selangor. Letaknya lebih kurang 5 km sahaja daripada bandar Klang.
Setia Alam amat menarik perhatian aku kerana bagi aku inilah antara syurga bagi hidupan paya terutamanya burung , ikan , memerang dan tidak ketinggalan juga ialah tapir. Selain itu kawasan ini menjadi salah satu tarikan baru bagi peminat-peminat basikal bukit dan permainan pesawat terbang remote control.
Bagi aku, suasana berbasikal di sekitar Setia Alam adalah satu aktiviti riadah yang amat menyeronokan berkemungkinan juga kerana aku ini seorang yang mencintai alam sekitar. Semasa berbasikal di sana, kita dapat melemparkan pandangan luas menyaksikan burung-burung liar seperti bangau, wak wak, ayam ayam, burung belibis, raja udang , pucong dan sebagainya b.ebas mencari makan di sekitar kawasan tasik yang terdapat di sana
Waktu yang amat menarik untuk melakukan aktiviti berbasikal dan bird watch di sana ialah pada jam 0700 hingga 1000 hrs dan waktu petangnya pula ialah antara jam 1700 hingga 1930hrs. Kalau anda berminat menyaksikan semua ini, jangan lupa membawa teropong bersama-sama anda supaya tidak kecewa dan terlepas pandangan menarik hidupan liar di sana.
Oleh itu jangan lepaskan peluang yang beharga ini. Bawalah keluarga atau rakan-rakan anda menyaksikan keindahan di sekitar Setia Alam kerana inilah peluang untuk menyaksikan semua ini sebelum tasik-tasik di sini ditimbus untuk pembangunan kawasan perumahan.
Saturday, November 1, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)