Gambar di atas ini ialah rakaman foto yang telah diambil dari hadapan madrasah Kg Bukit Nangka menunjukkan geretak (jambatan) lama yang satu ketika dulu adalah tempat 'bersidai' anak-anak kampung terutamanya di waktu awal pagi dan petang. Aktiviti mereka yang bersidai di atas geretak ini ialah melihat orang dan kenderaan yang lalu lalang! Maklumlah apakah lagi aktiviti yang boleh dibuat waktu itu kerana Lenggong tiada apa - apa yang menarik untuk aktiviti anak-anak muda ketika itu.
Gambar di atas ini pula adalah surau yang ada sekarang ini. Surau ini telah diubah suai dari surau asal, kalau tidak salah aku ubah suai ini telah dilakukan di pertengahan tahun 80an. Aku masih ingat lagi ketika aku bersembahyang raya bersama allahyarham ayahku...memang banyak nostalgia manis dari surau ini.
Kenangan lama yang tidak dapat dipisahkan dari semua penduduk Kg Bukit Nangka ini ialah pokok kekabu yang kelihatan di tengah gambar di atas. Pokok ini telah wujud sejak arwah ayahku masih kecil. Aku masih ingat cerita beberapa orang kampung yang pernah terserempak dengan hantu di bawah pohon kekabu itu. Entah betul atau tidak cerita mereka itu aku sendiri kurang pasti atau berkemungkinan juga cerita-cerita itu sengaja dibesarkan supaya anak-anak tidak keluar malam merayau rayau tanpa tujuan.
Inilah gambar surau asal di Kg. Bukit Nangka, telah ditinggalkan sejak sekian lama dan menanti masa sahaja untuk menyembah bumi. Tetapi apakah kenangan pahit manis di surau lama ini aku sendiri pun tidak pasti.
Namun apa yang pasti ialah Kg Bukit Nangka memang ketinggalan sejak dari dahulu lagi.Mungkin masih ada harapan untuk kampung ini dimajukan sekiranya ada anak anak kampung ini yang berjaya menjawat jawatan penting dalam kerajaan yang berhubungan dengan pembangunan. Walaupun sebelum ini ada beberapa orang anak Lenggong berjaya menjadi Menteri Besar, namun mereka telah terlepas pandang pembangunan di kampung ini, bak kata pepatah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Kg Bukit Nangka...kau tetap dalam kenangan indahku untuk selamanya.......
Monday, October 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
heee. senyum tengok gambar, sebab rumah opah saya selang beberape rumah je dari surau ni... :)
saya dr keluarga guru besar haji musa, atok saya haji ayub...
Post a Comment