Tanggal 28/12/2008, terciptalah satu legi sejarah dalam keluarga warisan Lebai Kemala. Pada tarikh bersejarah ini, satu lagi perhimpunan waris telah diadakan di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.
Perhimpunan keluarga kali ke II ini telah mencipta sejarah apabila ia turut dihadiri oleh waris dari Thailand dan Singapura. Sungguh beruntung rasanya dapat bersama-sama meraikan hari yang penuh bersejarah ini. Bagi diri aku sendiri, ianilah kali pertama aku menatap wajah ahli waris dari Singapura setelah 32 tahun tidak bertemu.
Seingat aku, kali terakhir aku melihat anak sulung arwah Pak Lang Din , Abang Fadil ialah pada tahun 1976 iaitu ketika beliau mengunjungi rumah aku di Taiping, Perak. Pada ketika itu, kedua orang tua aku masih lagi hidup dan kami menetap di kuarters tentera Salerno Line, Taiping.
Aku hadir bersama adik perempuan aku Sadzral Hatil Zahara dan abang Ghazlan. 2 adik aku iaitu Asfihan dan Fairuz tidak dapat hadir pada kali ini. Aku amat berharap berharap sebenarnya agar mereka turut serta dalam perhimpunan kali ini. Ini adalah berdasarkan kepada fakta belum tentu kita akan hidup untuk melihat hari esok. Andai kata tuhan mengambil kembali nyawa kita, maka tiada lagi daya upaya untuk menghalangnya.
Semasa aku hadir ke perhimpunan kali ini, hati aku merasa amat berbangga demi melihat sahaja kain rentang yang dipasang di laluan masuk ke kompleks resort Tasik Raban itu. Aku dapat membayangkan kalaulah perhimpunan ini diatur dan diadakan 20 atau 30 tahun dahulu, tentunya keadaan keluarga semua ahli waris akan lebih gah, mungkin boleh jadi akan diwujudkan Yayasan Lebai Kemala, siapa tahu.
Namun begitu dengan perancangan yang telah dibuat, aku dapat merasakan bahawa perhimpunan yang diadakan ini sekurang-kurangnya telah berjaya mengeratkan lagi tali silatulrahim ahli waris. Dan adalah diharapkan agar perhimpunan seperti ini akan terus diadakan di masa hadapan.
Tidak lupa juga dipanjangkan al-fatihah kepada ahli waris yang telah pergi selama-lamanya dan semoga Allah akan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman, insyaallah.
Friday, January 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment