Monday, April 14, 2008

WARIS LEBAI KEMALA DI THAILAND

Bismillah hirrahmaan nirrahim

Di sini diperlihatkan gambar kenang-kenangan waris kita yang berada di Thailand. Gambar di atas ini ialah gambar Saudara Amran yang telah diambil pada 13 April 2008 semasa pertemuan di Kuala Lumpur. Mnakala gambar di bawah ini adalah gambar lama yang telah diambil pada 9 Oktober 1963 di Jaha, Yala, Thailand. Berdiri di barisan belakang sambil mendukung anak kecil itu ialah Chu Jah manakala bertinggung di barisan hadapan nombor 2 dari kiri ialah Pak Chu Mail manakala di sebelah beliau ialah arwah ayahku Abdul Wahid.
Gambar di bawah ini pula ialah gambar keluarga mereka. Duduk sambil memangku anak kecil itu ialah Chu Jah. Manakala berdiri dari kiri ke kanan ialah Maziah, Amran dan Hidayah. Gambar ini adalah gambar lama yang telah dirakamkan di Jaha, Yala. Untuk makluman, Chu Jah sekarang ini pun tidak berapa sihat lagi dan mengalami masalah sakit belakang. Di doakan agar beliau akan diberikan kesihatan yang baik dan sempurna oleh Allah swt.
Posted by Picasa

PERTEMUAN DENGAN WARIS DARI THAILAND

Bismillah hirrahmaan nirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Menyayangi

Pada 13 April 2008, aku bersama dengan Abang dan Idan telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan salah seorang waris iaitu Amran, salah seorang cicit Lebai Kemala yang sekarang ini menetap di Yala, Thailand.Beliau telah datang ke Kuala Lumpur bersama dengan 12 orang lagi anggota rombongan rakan sekerja beliau dari Thailand sempena dengan cuti 'Songkhran' selama seminggu di Thailand.

Aku bersama dengan Idan dan Abang telah bertemu dengan Sdr Amran yang menginap di Hotel Cititel Express, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 9.45 pm. Bagi aku sendiri pertemuan ini adalah satu pertemuan yang sungguh dinanti-nantikan memandangkan bahawa semasa aku mengunjungi Thailand pada 29hb Ogos 2006, aku tidak dapat bertemu dengan Sdr Amran secara bersemuka memandangkan keadaan di Thailand yang agak merbahaya untuk bergerak pada waktu lewat petang apa lagi pada waktu malam.

Sdr Amran (berbaju kemeja seperti dalam gambar) merupakan anak sulung daripada pasangan Chu Jah dan Pak Chu Mail daripada 3 orang adik beradik. Beliau adalah seorang doktor di Yala, Thailand sekarang ini. Adik beradik Sdr Amran ialah Maziah dan Hidayah. Maziah adalah seorang guru sekarang ini juga menetap di Yala manakala Hidayah pula adalah seorang jururawat yang baru sebulan bertugas di Yala setelah sekian lama bertugas di Hospital Sikarin, Haadyai.

Kami kemudiannya telah membawa Sdr Amran minum di Restoran Syed, Bangsar Kuala Lumpur sehinggalah ke jam 1.30am 14 April 2008. Banyak hal-hal yang telah kami sentuh semasa perbincangan diadakan di sana. Walaupun pertemuan itu hanya singkat sahaja, tetapi ia telah memberikan erti yang amat besar kepada warisan kita kerana ikatan kekeluargaan kita masih lagi tidak terpisah walaupun tinggal di negara yang berbeza. Semoga Allah akan terus memberkati warisan Lebai Kemala ini walau di mana kita berada.
Posted by Picasa

Saturday, April 12, 2008

ORANG MANDAILING PENGASAS KUALA LUMPUR

(Petikan dari http://www.mandailing.org/)

The Founding of Kuala Lumpur
Who and when exactly Kuala Lumpur was founded remains an open question. Yap Ah Loy is popularly known as the founder of Kuala Lumpur, but historians point out that he was not even the first but the third Kapitan China of Kuala Lumpur. Latter-day historians consider that Raja Abdu'llah, the Bugis Raja from Riau to be the real founder.

The Mandailings claim that Kuala Lumpur was founded, or co-founded, by one of their historical personalities, Sutan Puasa. According to an autobiography on Yap Ah Loy, Sutan Puasa, who was living near the mining settlement at Ampang, advised two Chinese traders who were supplying goods to him "about the quick profits to be made at Ampang" and "finally persuaded them to go". So it came about that Hiu Siew and Ah Sze Keldek became the first Chinese traders to arrive at Ampang. They set up shop at a spot near the confluence of the Klang and Gombak rivers, and the place eventually became known as Kuala Lumpur.

According to the Eurasian Pasqual, the Mandailings arrived in Hulu Klang, Ampang and Kuala Lumpur ahead of the Chinese. The Mandailing - mistaken for "foreign Malays" (as opposed to the "indigenous Malays") - were the main traders and miners in Kuala Lumpur in the period preceding and during the Selangor war (1867-1873).Of the Mandailing and Muslim tin traders in the early days of Kuala Lumpur, Pasqual has this to say: "It seems strange to be told that the Malays were the principal tin dealers in the days of Kuala Lumpur, as besides Sutan Puasa there were Thamby Dollah (a Malacca chitty) and Che Imby and Che Sahid (if I remember their names) who were jawi-peranakan from Penang and retired to Jelutong year after.

Sutan Puasa must have amassed a fortune from the mines of the Kanichoos in Kanching..." In another instance, he said that Sutan Puasa became rich by financing the Chinese miners.The Tarikh Raja Asal dan Keluarganya corroborates Pasqual's account that Sutan Puasa was a principal Mandailing merchant in Kuala Lumpur, before and during the Selangor war. The Tarikh also named Jalila, Jasuman, Haji Abdul Majid, Raja Duri as amongst the more successful Mandailing merchants in Kuala Lumpur. Raja Duri was named as the Mandailing leader in Kuala Lumpur.

Chinese sources say that Sutan Puasa was recognised as the leading trader there.According to the Tarikh, the Mandailing notables and elders in Selangor at the time were Bendaharaja, Jalumut, Sutan Maga, Imam Perang Rakat, Imam Perang Jabarumun, Sri Handalan, Sigaroh, Melapak, Jamanungkoli, Raja Mengatas, Haji Ibrahim Tambangan, Kudarat, Anchalchal, Haji Ali Pahang, Sutan Puasa, Sutan Duri, Raja Suman and many others.

The Tarikh reported that Raja Asal's nephew, Raja Bilah and his entourage came from Mandailing around 1860. Raja Bilah sent for his wife and daughters later.AMPANG -- According to the Tarikh, the Mandailings founded settlements in Ampang. The Mandailings in Ampang was led by Raja Bernang and later Raja Banding. For that matter, Ampang could have been named after the reservoirs built by the Mandailing for mining. The Mandailings are expert builders of reservoirs and waterways as evidenced to this day in many Mandailing villages in the Mandailing homeland.

BUNUS -- In Bunus (present-day Kampung Baharu) the Mandailing people were led by Jabaltuq or To' Bunus, in Gerongkang by Hulubalang Ali, in Kajang by Raja Berayun, in Ulu Langat by Engku Tuha (Tua) dan others not mentioned in the Tarikh Raja Asal. According to Riwayat Tuan Abu Bakar, Bunus saw a lot of blood shed during the Selangor War, known to the Mandailing as Porang Kolang.

BUKIT NENAS - Bukit Nenas is a hillock that overlooks the confluence of the Gombak and Kling Rivers in Kuala Lumpur. A British historian notes that "the traditional seat of Malay authority in Kuala Lumpur was a stockade originally built in the 1860's on Bukit Nenas, and known after the civil war as 'Sutan Puasa's stockade' from the Malay headman who had once occupied it". Sutan Puasa was of course not a Malay headman but a leading Mandailing trader. The original name of Bukit Nenas, according to Mandailing oral tradition, was Bukit Gombak. It was renamed Bukit Nenas because during the civil war, the Mandailings planted pineapples on the hill slopes as a foil against advancing enemy troops.

Nah! Sesudah kita membaca petikan daripada rencana di atas, maka kita turut terasa bahawa keturunan kita telah memainkan peranan yang besar dalam sejarah Tanah Melayu sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi. Kedatangan moyang kita Lebai Kemala adalah merupakan satu sambungan sejarah negara yang penuh dengan warna warni. Maksud saya, keturunan kita adalah penyambung warisan negara yang tercinta ini.

Berdasarkan kepada asal keturunan kita daripada keturunan Tengku Bendahara Sufian seperti mana yang kita sedia maklum, maka adalah jelas bahawa sudah tentu banyak sejarah yang terpendam yang perlu diselidiki dan digali oleh anak cucu warisan Lebai Kemala ini. Saya percaya legasi ini akan terus kekal selagi warisan keturunan kita mempunyai kesedaran untuk terus berdiri gagah di persada hamparan sejarah negara Malaysia. Fikirkanlah....

Wednesday, April 9, 2008

KAMPUNG BUKIT NANGKA DALAM NOSTALGIAKU ( 1 )

Tahun 1960an. Zaman waktu itu aku mula mengenali dunia kecil bernama Kampung Bukit Nangka. Sebuah perkampungan yang tidak dikenali. Tiada sesuatu yang menarik tentang kampung ini dalam persada sejarah dunia. Maklumlah perkampungan ini bukanlah berdiri atas faktor ekonomi. Tiada sebarang kemudahan asa pada waktu itu. Jangankan air paip, telaga pun masih dikongsi bersama.

Masih dapat aku ingati, rumah Pah Bunde hanya bergantung kepada cahaya pelita untuk menerangi di waktu malam. Aku pula amat menggemari mengoyak tikam mengkuang opah dan membakar juraian daun mengkuang yang terlerai dari anyamannya. Kerana perangai aku itulah aku kerap menjadi bebelan Pah Bunde.

Hanyalah pada hujung tahun 60an barulah ada elektrik dibekalkan kepada penduduk kampung. Namun bekalan itu bukanlah daripada elektrik yang dibekalkan oleh LLN tetapi oleh sebuah syarikat kerjasama penduduk kampung di Gelok, Lenggong. Bekalan elektrik pada waktu itu hanya bermula dari jam 7.00 petang hinggalah 11.00 malam.



Bekalan air pula pada waktu itu hanyalah dari sumber telaga yang terletak tidak jauh dari rumah Pah Bunde. Hanyalah telaga itu sahaja di sekitar kawasan tersebut yang boleh dijadikan bekalan air minuman. Untuk mandi manda pula, kadang-kadang ada yang menggunakan telaga itu tetapi sebahagian besar penduduk setempat akan menggunakan air sungai yang terletak di seberang jalan raya. Untuk ke subgai itu pula, terpaksalah melalui bendang (kepunyaan siapa aku tidak ingat) yang menghijau.

Buang air besar? Bukan masalah utama ketika waktu itu. Sama ada pergi ke sungai atau ambil sahaja cangkul dan koreklah lubang di mana yang difikirkan sesuai! Free Of Charge!!!
Suasana di perkampungan Bukit Nangka amat syahdu sekali. Apabila subuh menjelma, maka berduyun-duyunlah penduduk kampung keluar mencari rezeki, ke bendang atau ke kebun getah dengan berjalan kaki atau menaiki basikal. Amat jarang sekali penduduk yang mempunyai motosikal. Bagi anak-anak kecil seperti aku ini, waktu pagi adalah waktu yang amat seronok untuk tidur kerana suhu di sekitar adalah sejuk malahan minyak kelapa yang diletakkan dalam botol pun boleh membeku. Cubalah bayangkan betapa sejuknya suasana pada ketika itu berbanding dengan apa yang ada sekarang.

Namun sebagai cucu Pah Bunde, kalau arwak berada di rumah, jangan haraplah untuk tidur hingga ke tengah hari. Pasti beliau akan mengejutkan anak cucu yang masih tidur kerana katanya kalau tidur hingga matahari naik, akan menjadi papa dan bertambah malas. Mahu atau tidak terpaksalah bangun. Aktiviti utama sebaik sahaja bangun tidar, tentulah mandi sungai. Maka berduyun duyunlah kami berarak ke sungai untuk mandi .

Suasana pada waktu petang juga amat mengasyikkan. Sebelum senja menjelma, aku pasti akan mendongakkan kepalanya dan memandang ke langit. Tumpuan aku adalah untuk melihat ribuan keluang yang terbang mencari makanan di serata ceruk kampung. Saiz setiap keluang pula bukanlah kecil, lebih besar dari burung gagak. Sesekali aku dapat melihat kubung terbang dari pohon kelapa ke pohon kelapa yang lain. Amat teruja aku melihat sandiwara alam ini.
Cuba bayangkan di zaman yang tiada tv dan komputer itu. Hiburan aku semata mata pada radio buruk yang dibeli oleh ayahku. Sudah tentulah rancangan kegemaran ialah 'BANGSAWAN DI UDARA.' Berkumpullah anak cucu di sekeliling radio untuk mendengar cerita-cerita dari hikayat-hikayat lama. Itu pun sudah kira cukup baik. Bagi yang tidak mempunyai radio pula, cerita-cerita rakyat yang diceritakan oleh orang-orang tua menjadi sumber hiburan untuk anak cucu.

Bila mengingati itu semua, terasa syahdu benar dan ingin aku kembali semula ke zaman tersebut untuk menikmati semula kehidupan masyarakat yang amat sederhana, penuh nostalgia. Bayangkanlah kalau anak-anak kita sekarang ini merasai semula kehidupan kita pada zaman tersebut, pasti akan tergamamlah mereka sehinga tidak tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan kekampungan yang penuh serba kekurangan.
Posted by Picasa

SYUKURLAH ISLAM ITU PEGANGAN KITA


Kita adalah anak cucu Lebai Kemala yang telah mewarisi Islam dari nenek moyang kita. Dengan semangat dan jati diri yang ada pada warisan nenek moyang kita, maka merantaulah Lebai Kemala dari Tanag Seberang ke bumi Lenggong. Membawa bersamanya ialah Islam sebagai harta yang tak ternilai dengan emas segunung. Hasil daripada bidang keilmuan yang dibawa oleh Lebai Kemala, Islam telah diperkembangkan di Lenggong bersama dengan berkembangnya zuriat dari keturunannya.

Maka sesekali aku dapat bayangkan kalaulah datok nenek moyang kita tidak mempunyai kesedaran keagamaan, maka sudah pastilah sehingga kini kita semua masih dalam agama asal orang-orang Melayu zaman di awal berkembangnya kerajaan Melayu Langkasuka atau Srivijaya. Lihatlah sepertimana penganut Hindu di Bali sehingga hari ini. Mereka inilah saki baki yang terselamat dari menerima pengaruh perkembangan Islam di Nusantara.

Oleh itu, bersyukurlah, kita anak cucu Lebai Kemala mewarisi agama yang mulia ini, Allahhu Akbar.
Posted by Picasa

SETEGUK AIR MEREHATKAN MINDA


Kekadang kita perlu luangkan masa untuk merehatkan minda. Modalnya hanyalah seteguk air!!! Lemparkan pandangan kita jauh ke hadapan. Hapuskan kekalutan dalam fikiran ini. Kalau bersama rakan-rakan, berinteraksilah sambil bertukar-tukar fikiran. Tiada apa yang akan merugikan kita.Selamat berehat.
Posted by Picasa

Sunday, April 6, 2008

MARGA ITU APA

Oleh: Abdoellah Loebis
(PETIKAN DARI www.mandailing.org)
Perkataan margaî atau clan itu asalnya dari bahasa Sanskrit, varga iaitu warna. Marga itu bermakna ìkelompok atau puak orang yang berasal dari satu keturunan.î (1) Sehingga kini cuma beberapa kerat sahaja orang Mandailing Malaysia yang memakai nama marga mereka seperti amalan orang Arab memakai nama suku dan orang Tionghua memakai nama seh mereka.
Antara mereka yang memakai nama marga ialah Prof. Madya Haji Muhammad Bukhari Lubis, seorang pensyarah dan penulis yang banyak menghasilkan tulisan-tulisan mengenai tasawwuf. Barangkali kepada pendengar radio dan penonton tv, nama Mandailing yang paling terkenal ialah penyanyi dan juruhebah, Rubiah Lubis.
Di kalangan arwah-arwah orang Mandailing Semenanjung yang memakai marga mereka ialah penulis Abdullah Musa Lubis dan tokoh agama, Abdullah Abbas Nasution. Karangan Abdullah Musa Lubis termasuklah Sejarah Perak Dahulu dan Sekarang, Kesah Raja Marong Maha Wangsa, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Raja Pasai. Karya-karyanya diterbitkan sama ada oleh Pustaka Antara atau Sinaran Brothers. (2)
Sementara buku-buku Abdullah Abbas Nasution pula, antara lain ialah Quran Daawah Islamiah, Hukum Haram Riba Tidak Ada Syak Wa Sangka dan Al-Tarikh Majmu Sejarah Islam dalam 32 jilid. Ada karangannya yang diterbitkannya sendiri atas nama Pustaka Nasution.(3)
Ramai lagi tokoh Mandailing yang langsung tidak memakai marga mereka seperti ìnasionalis Melayuî dan pendidik yang terkemuka, Aminuddin Baki (1926-65), anak Chemor yang bermarga Lubis. (4)
Ada juga orang Mandailing yang mulanya memakai marga mereka tetapi kemudian melucutkan pula seperti Kamaludin Nasution. Sesudah melarikan diri ke Semenanjung pada 1932 dari perisikan penjajah Belanda, Kamaludin mengambil nama Abdurrahman Rahim. Dia menjadi penulis ruangan pojok Utusan Melayu pada 1961-1971. (5)
Sekilas pandang lebih ramai orang Mandailing bermarga Lubis memakai marga mereka berbanding dengan orang Mandailing yang bermarga lain di Malaysia. Ini berbeda dengan di Indonesia, di mana kebanyakan orang Mandailing memakai marga mereka dan pemuka-pemuka Mandailing seperti Mochtar Lubis dan Jeneral Harith Nasution telah memasyurkan nama marga masing-masing di pentas dunia.
Kurangnya orang Mandailing di Malaysia memakai marga mereka ialah kerana ramai yang tidak tahu apa itu marga. ìKadangkala marga hanya membawa maksud saudara dalam pengertian yang umum. Perkataan-perkataan lain yang digunakan untuk menggantikan marga ialah bangsa dan puak,î kata seorang pengkaji masyarakat Mandailing Malaysia. Malah istilah ìsukuî Minangkabau digunakan untuk marga. (6)
ìJusteru itu, ada orang Mandailing di Malaysia yang mengatakan bahawa marga, suku, salasilah tidak berguna di Malaysia tetapi boleh digunakan di Sumatra. Ini adalah sikap double standard orang yang dwi-budaya (mengaku Melayu dan juga Mandailing).î
Sekiranya orang Mandailing Malaysia tidak memakai nama marga masing-masing, keturunan yang akan datang akan lupa asal-usul mereka. Maka, kita carilah marga masing-masing, susunlah salasilah dan kenal-pasti huta (kampung halaman) nenek moyang kita di Mandailing.
Sehubungan itu, selidikilah perihal Bapa atau nenek moyang kita yang merantau dan seterusnya menetap di Semenanjung. Nescaya kita akan menemui cerita-cerita yang menarik dan penuh erti mengenai penghijrahan mereka ke Semenanjung.
Penulis Basyral Hamidy Harahap telah merumuskan bahawa mereka yang merantau ke mari memiliki sifat-sifat ìkeberanian, ilmu agama, elmu hadatuon (ilmu pendukunan) dan semangat kemajuan.î (7)
Umumnya, nenek moyang kita merantau ke Semenanjung kerana Perang Padri (1816-33), kerana hendak menuntut ilmu agama, berniaga, membuka huta harajoan (beraja) yang baru, membawa diri kerana perselisihan faham di kalangan ahli-ahli keluarga atau menghindarkan penjajahan Belanda.
Seperti kebanyakan masyarakat di dunia, masyarakat Mandailing adalah patrilineal, iaitu mengikut nasab atau keturunan sebelah Bapa. Oleh itu, hanya anak lelaki sahaja yang menyambung marga Bapanya.
Nama marga atau clan name orang-orang Mandailing, lelaki mahupun perempuan, datang dari Bapa mereka. Dalam pada itu, anak perempuan yang berkahwin tetap mengekalkan nama marga Bapanya. Dia tidak memakai marga suaminya seperti perempuan Barat yang mengambil surname (nama keluarga) suami sesudah berkahwin. (8)
Seperti orang Arab dan Tionghua, orang Mandailing mempunyai pengetahuan mengenai salasilah mereka sampai beberapa keturunan sekaligus riwayat nenek moyang mereka. Pada mulanya salasilah sesuatu marga diriwayatkan turun-temurun secara lisan (tambo atau terombo) kemudian ianya diperturunkan secara bertulis.
Menurut Abdoellah Loebis yang menulis mengenai asal-usul orang Mandailing dalam majalah Mandailing yang diterbitkan di Medan pada awal kurun ke-20: ìYang masih ada memegang tambo turun-turunannya, iaitu marga Lubis dan Nasution, sebagaimana yang sudah dikarang oleh Almarhum Raja Mulya bekas Kuriahoofd (daerah) Aek (Sungai) Nangali...î (9) Ini tidak bermakna marga-marga Mandailing yang lain tidak memelihara salasilah mereka.
Biasanya di dalam sesebuah kampung di Mandailing terdapat dua atau tiga marga utama dan marga-marga ini saling kahwin mengahwini. Adat Mandailing melarang perkahwinan sesama marga, misalnya Lubis dengan Lubis, dan pasangan yang melanggar aturan ini akan dihukum.
Marga Lubis ramai menghuni Mandailing Julu (Hulu) manakala marga Nasution dominant di Mandailing Godang (Besar). Penelitian salasilah marga Lubis menunjukkan bahawa marga itu mula menetap di Mandailing Julu pada kurun ke-16. (10)
Dahulu kala, orang Mandailing yang merantau ke Minangkabau, Sumatra timur atau Semenanjung, apabila mereka bertemu satu sama lain, pertama-tama mereka ìsorehî atau bertanya kampung asal dan marga masing-masing. Dengan cara itu, mereka sudah tahu siapa orang itu dan apa gerangannya.
Pada awal kurun ke-20, ramai orang Mandailing dari Tapanuli Selatan yang sudah tinggal beberapa keturunan di Sumatra timur tidak memakai marga mereka kerana mereka bernaung di bawah kerajaan Melayu yang disokong oleh penjajah Belanda. Begitulah juga halnya di Malaysia.
Tetapi selepas pendudukan Jepun, revolusi sosial meletus di Sumatra timur menentang kerajaan Melayu, dan orang-orang Mandailing pun mula menekankan identiti budaya mereka sendiri. Revolusi yang sama tidak berlaku di Semenanjung.
Dr. Ariffin Omar dalam bukunya Bangsa Melayu, berkata bahawa orang Mandailing di Sumatra timur mula memakai nama marga mereka secara meluas sebagai menolak budaya, identiti dan kerajaan Melayu, dan serentak itu menemui semula rupa budaya Mandailing mereka.
Seperti kata Arif Lubis, ketua pengarang akhbar Soeloeh Merdeka dan Mimbar Umum pada zaman revolusi sosial itu, sekiranya seseorang itu boleh ìmasuk Melayuî mereka juga boleh ìkeluar Melayuî. (11)
Sejarah menunjukkan bahawa identiti suku kaum bertukar wajah dengan perpindahan, perkahwinan, penjajahan dan naungan politik. Bagaimanapun arus kebangunan etnik yang melanda dunia hari ini telah menghidupkan kembali budaya kaum, terutamanya di kalangan kaum pendatang dan minoriti.
Nota Kaki 1. Edward McKinnon, Vocabulary: Karo Words of Sanskritic and Tamil Origin, tidak diterbitkan. T. Iskandar, Kamus Dewan, 1970. 2. Katalog Koleksi Melayu, UKM, 1990. 3. Syarahan Haji Abdullah Abbas Nasution, tidak bertarikh. 4. Temubual dengan Ustadh/Cikgu Dahlan Harun (Lubis) di Kampong Batu Sembilan, Chemor, Perak. 5. Basyral Hamidy Harahap, Sibulus-bulus, Sirumbuk-rumbuk, 1976. 6. Donald Tugby, Cultural Change and Identity: Mandailing Immigrants in West Malaysia, University of Queensland Press, 1977. 7. Basyral Hamidy Harahap dan Hotman M. Siahaan, Orientasi Nilai-Nilai Budaya Batak. Jakarta, 1987. 8. N. Siahaan, Sedjarah Kebudajaan Batak, Medan, 1964. 9. Abdoellah Loebis, Riwajat Mandailing, dipetik dari Mangaraja Ihoetan, Riwajat Tanah Wakaf Bangsa Mandailing di Soengai Mati, Medan, 1926. 10. Lance Castles, Statelessness and Stateforming Tendencies among the Batak before Colonial Rule. Anthony Reid and Lance Castles (editors), Pre-Colonial State Systems in Southeast Asia, Monographs of MBRAS, Kuala Lumpur, 1975. 11. Ariffin Omar, Bangsa Melayu Malay, Concepts of Democracy and Community 1945-1950, Oxford University Press, 1993.
Marga-Marga Mandailing Menurut Abdoellah Loebis, marga-marga di Mandailing Julu dan Pakantan adalah seperti berikut: Lubis (yang terbahagi kepada Lubis Huta Nopan dan Lubis Singa Soro), Nasution, Parinduri, Batu Bara, Matondang, Daulay, Nai Monte, Hasibuan, Pulungan.
Marga-marga di Mandailing Godang pula adalah: Nasution yang terbahagi kepada Nasution Panyabungan, Tambangan, Borotan, Lantat, Jior, Tonga, Dolok, Maga, Pidoli, dan lain-lain.
Lubis, Hasibuan, Harahap, Batu Bara, Matondang (keturunan Hasibuan), Rangkuti, Mardia, Parinduri, Batu na Bolon, Pulungan, Rambe, Mangintir, Nai Monte, Panggabean, Tangga Ambeng dan Margara. (Rangkuti, Mardia dan Parinduri asalnya satu marga.)
Menurut Basyral Hamidy Harahap dan Hotman M. Siahaan, di Angkola dan Sipirok terdapat marga-marga Pulungan, Baumi, Harahap, Siregar, Dalimunte dan Daulay. Juga terdapat marga-marga Harahap, Siregar, Hasibuan, Daulay, Dalimunte, Pulungan, Nasution dan Lubis di Padang Lawas.

Saturday, April 5, 2008

KEMBALIKAN IKATAN KEKELUARGAAN WARISAN LEBAI KEMALA

Apakah yang hebatnya tentang nama Lebai Kemala? Memanglah nama ini hanya nama biasa, tiada apa-apa kehebatan yang luarbiasa bagi nama ini. Lahirnya juga tiada apa-apa keistimewaan sepertimana dalam hikayat-hikayat lama Melayu. Tiada petir sabung menyabung, tiada gelegar patah, tiada dentuman meriam membelah kesunyian angkasa. Namun apa yang ada hanya seorang manusia biasa sama seperti manusia-manusia yang lain.

Namun kelahiran almarhum Lebai Kemala telah membawa satu lembaran baru dalam perkembangan Islam di satu daerah kecil bernama Lenggong. Tiada siapa memperdulikan daerah Lenggong ini, suatu daerah di pedalaman negeri Perak Darul Ridzuan. Kehadiran Lebai Kemala di Lenggong telah membuka lembaran baru perkembangan masyarakat dan keagamaan di sini.

Walaupun sumbangan almarhum hanyalah kecil, umpama setitis embun di padang yang luas, tetapi telah meninggalkan legasi yang perlu diperteguhkan dan diperkembangkan lagi. Peninggalan beliau yang masih boleh dilihat pada hari ini ialah Masjid Lama Lenggong, yang masih teguh berdiri hingga hari ini. Ia bukan sekadar monumen bisu, tetapi adalah lambang keprihatinan almarhum terhadap perkembangan syiar Islam di bumi Lenggong ini.

Penemuan 'Perak Man' di Lenggong telah menarik perhatian ramai pengkaji sejarah untuk meneroka lebih jauh lagi sejarah daerah Lenggong ini. Sehingga kini, adalah dipercayai Lenggong adalah penempatan manusia terawal di negara kita. Malahan dikatakan penemuan arkeologi di Kg Bukit Jawa telah mendedahkan sejak 300,000 tahun dahulu, telah pun ada masyarakat yang bertamadun di daerah ini.


Jesteru itu, kedatangan Moyangku almarhum Lebai Kemala telah menambahkan lagi kekayaan daerah Lenggong ini dengan kepelbagaian yang sedia ada. Maka oleh itu, sebagai sebahagian daripada warisan keturunan Lebai Kemala, telah timbul satu keazaman yang padu untuk menyatukan kembali warisan ini dalam satu ikatan kekeluargaan yang kukuh. Semoga warisan Lebai Kemala akan terus berkembang sebagai kesinambungan yang telah dibawa oleh almarhum ke daerah ini.

Friday, April 4, 2008

ADIK BONGSUKU...FAIRUZ ASWAN

Anak bongsu dalam keluarga Abdul Wahid ini lahir pada 28 Oktober 1979 di Hospital Taiping. Semasa kelahiran itu, kami telahpun berpindah ke Tapak Expo, Kemunting, Taiping. Aku masih ingat lagi semasa ia dibawa balik ke rumah dari hospital, sekeliling rumah kami digenangi air kerana hujan lebat. Semasa mencari-cari nama yang sesuai untuk adikku inilah aku telah mencadangkan agar namanya diberi FAIRUZ ASWAN, sempena dengan permata dari lembah Aswan, Lembah yang menjadi nadi penduduk Mesir sejak turun temurun hinggalah ke hari ini.


Ketiga-tiga gambar di atas ialah gambar sewaktu adikku ini memasuki hari pertama persekolahannya di Sekolah Rendah Kemunting, yang terletak tidak jauh di belakang rumahku. Gambar ini dirakamkan sendiri oleh aku pada tahun 1986. Memandangkan bahawa dia adalah anak bongsu dalam keluarga, maka manjanya agak lebih sedikit berbanding dengan adik beradik yang lain. Bayangkan, dia baru hendak memasuki alam persekolahan sedangkan abang-abangnya yang lain telah pun memasuki alam pekerjaan. Aku sendiri semasa itu telah menjadi seorang guru.

Dia amat dimanjai oleh kedua orang tuaku umpama menatang minyak yang penuh. Apa yang aku nampak perubahan daripada Fairuz hanyalah apabila ayahku meninggal dunia pada tahun 1991, dimana dia telah kehilangan kasih sayang seorang ayah sewaktu masih memerlukan belaiannya. Oleh kerana itu jugalah maka ibu telah memberi kasih sayang yang sepenuhnya terhadap adikku itu, kasih sayang yang amat luar biasa sehinggalah ibu meninggal pada tahun 2006.
Posted by Picasa

Kasihnya Terhadap Anak

Foto di atas ini adalah gamaran kasihnya seorang ibu terhadap anaknya. Begitulah naluri keibuan seorang ibu terhadap anaknya. Arwah ibu sedang memakaikan pin rambut terhadap adik perempuanku Tira pada hari pertama persekolahannya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Phui Choy , Kemunting, Taiping, Perak. Naluri keibuannya lebih terswerlah kepada adikku itu berkemungkinan besar kerana dialah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga kami.
Kenangan indah ini juga terlihat pada diri ayahku Abdul Wahid terhadap adikku yang bongsu, Fairuz Aswan. Gambar ini dirakamkan pada tahun 1985 dalam rumahku di Tapak Expo, Kemunting, Taiping. Memanglah ayahku amat memanjai adik bongsuku ini. Apa sahaja yang dipinta pasti akan ditunaikan oleh ayahku. Mungkin ini adalah kerana sayangnya ia terhadap anak bongsu, sepertimana lain-lain bapa yang amat memanjai anak bongsu. Aku sendiri bagaimana?
Posted by Picasa

Kenangan Idilfitri



Gambar di atas ini adalah kenangan sempena dengan sambutan Idilfitri semasa aku dan keluarga berkunjung ke rumah bapa saudaraku , Arwah Ustaz Hj Yusof@Ayah Cha di rumahnya di Seri Kinta Ipoh , Perak. Gambar kenangan ini diambil sekitaran tahun 1999. Berdiri adalah adik perempuanku Sadzral Hatil Zahara sedang memeluk anak saudaraku Sabrina. Dudu di atas kerusi dari kiri ke kanan ialah anak sulungku Nur Hidayah, Anak bonsuku Emyly Nadia Syafinaz, adikku Fairuz Aswan, anak keduaku Katherina Nurul Balkish di atas pangkuan dan di kanan sekali ialah arwahnya Chu Mansor@Chu Chor@Mansor bin Abdul Rahman.

Foto di atas ini pula ialah kenangan Hari Raya yang telah dirakamkan pada tahun 1998 di dalam rumah kami di Tapak Expo, Kemunting, Taiping, Perak. Ibuku duduk di tengah-tengah kerusi itu bersama anak cucunya.Gambar di bawah ini pula adalah gambar kenangan semasa Hari Raya Pada tahun 1985 atau 1986. Berdiri dari kiri ke kanan ialah aku sendiri, adikku Noor Asfihan, Ibuku Meriam, dihadapannya ialah adik bongsuku Fairuz, sebelahnya ialah adik perempuanku Tira, di belakangnya arwah ayahku Abdul Wahid dan kanan sekali ialah abang sulungku Ghazlan.


Posted by Picasa

Taman Tasik Taiping....Kenangan 60an

Foto di bawah ini dirakamkan di Taman Tasik Taiping sewaktu aku berumur 2 tahun, tahun 1965 (anggaran aku sahaja) Kenangan ini tidak dapat aku ingati namun berdasarkan kepada gambar ini , aku dapat bayangkan betapa indahnya detik-detik itu sekiranya aku dapat memutarkan kembali jam dan berada semula di sana umpama filem 'Back To The Future.'

Aku berdiri sambil dipangku oleh arwah ayahku manakala abangku Ghazlan pula duduk di tengah-tengah manakala kakak sepupuku, Kak Ti berdiri di belakang aku. Mujurlah gambar ini dapat aku selamatkan daripada menjadi habuan lipas di rumah peninggalan orangtuaku di Kemunting, Taiping.
Foto di bawah ini pula di ambil berlatar belakangkan tasik yang terletak berhampiran dengan gelanggang sepatu roda sekarang ini. Kalau tak silap aku, gambar itu dirakamkan sewaktu aku berusia lingkungan 4 tahun (Tahun 1967) Detik ini masih dapat aku ingati di mana ayahku membawa kami dua beradik ke Taman Tasik Taiping dengan hanya menaiki basikal Raleigh dari berek tentera Salerno Circle (Salerno Line). Sekali-sekala melihat gambar ini, terasa juga betapa kerinduan yang amat mendalam terhadap kaum keluargaku. .....dan semoga kami semua akan mendapatkan kembali kegembiraan lampau yang telah sekian lama hilang....
Posted by Picasa

Thursday, April 3, 2008

SEJARAH AWAL MASYARAKAT BATAK

(PETIKAN DARI VOICE OF BATAK)

Versi sejarah mengatakan Si Raja Batak dan rombongannya datang dari Thailand, terus ke Semenanjung Malaysia lalu menyeberang ke Sumatera dan menghuni Sianjur Mula Mula, lebih kurang 8 km arah Barat Pangururan, pinggiran Danau Toba sekarang. Versi lain mengatakan, dari India melalui Barus atau dari Alas Gayo berkelana ke Selatan hingga bermukim di pinggir Danau Toba.
Diperkirakan Si Raja Batak hidup sekitar tahun 1200 (awal abad ke-13). Raja Sisingamangaraja XII salah satu keturunan Si Raja Batak yang merupakan generasi ke-19 (wafat 1907), maka anaknya bernama Si Raja Buntal adalah generasi ke-20.
Batu bertulis (prasasti) di Portibi bertahun 1208 yang dibaca Prof. Nilakantisasri (Guru Besar Purbakala dari Madras, India) menjelaskan bahwa pada tahun 1024 kerajaan COLA dari India menyerang SRIWIJAYA yang menyebabkan bermukimnya 1.500 orang TAMIL di Barus.
Pada tahun 1275 MOJOPAHIT menyerang Sriwijaya, hingga menguasai daerah Pane, Haru, Padang Lawas. Sekitar rahun 1.400 kerajaan NAKUR berkuasa di sebelah Timur Danau Toba, Tanah Karo dan sebagian Aceh.
Dengan memperhatikan tahun tahun dan kejadian di atas diperkirakan:
Si Raja Batak adalah seorang aktivis kerajaan dari Timur Danau Toba (Simalungun sekarang), dari Selatan Danau Toba (Portibi) atau dari Barat Danau Toba (Barus) yang mengungsi ke pedalaman, akibat terjadi konflik dengan orang-orang Tamil di Barus.
Akibat serangan Mojopahit ke Sriwijaya, Si Raja Batak yang ketika itu pejabat Sriwijaya yang ditempatkan di Portibi, Padang Lawas dan sebelah Timur Danau Toba (Simalungun).
Sebutan Raja kepada Si Raja Batak diberikan oleh keturunannya karena penghormatan, bukan karena rakyat menghamba kepadanya.
Demikian halnya keturunan Si Raja Batak seperti Si Raja Lontung, Si Raja Borbor, Si Raja Oloan, dsb. Meskipun tidak memiliki wilayah kerajaan dan rakyat yang diperintah.

Selanjutnya menurut buku TAROMBO BORBOR MARSADA anak Si Raja Batak ada 3 (tiga) orang yaitu : GURU TETEABULAN, RAJA ISUMBAON dan TOGA LAUT. Dari ketiga orang inilah dipercaya terbentuknya Marga-marga Batak.

NOSTALGIA 50AN

Gambar di atas ini dirakankan di salah sebuah kedai gambar di Lenggong pada 1950. Kedua-dua jejak yang menghimpir ayahku itu kalau tidak salah aku salah seorang daripada mereka ialah Paklang Din (Which one?)Ah rasanya mereka semua telah pun kembali ke rahmatullah. Hanya kenangan abadi ini sahaja yang masih tinggal buat kenangan anak cucu.
Gambar di atas ini memang sah dirakamkan di Singapura. Apakah cerita lanjut disebalik gambar ini tidak aku ketahui.
Posted by Picasa

Jejaka Misteri


Ini adalah salah satu daripada gambar yang terdapat dalam simpananku. Ayahku pernah menceritakan kepadaku tentang gambar ini. Tetapi aku masih gagal mengingati siapakah mereka ini dan masih menjadi misteri hingga kini. Namun dari cara mereka berpakaian, aku dapat mengagak gambar ini mungkin telah dirakamkan pada tahun 1950an. Siapa dan di manakah mereka sekarang ini?
Posted by Picasa

Ayahku Seorang Tentera



Ini adalah foto ayahku , Abdul Wahid bin Haji Alwi semasa arwah di awal tugasnya sebagai anggota tentera British di Royal Signal , Singapura pada tahun 1950. kalau tidak silap aku, kemnya ialah di Air Raja, Singapura. Melihat kepada susuk tubuhnya yang kecil dengan memakai seragai tentera, aku dapat gambarkan betapa megahnya beliau dapat bergaya di hadapan Land Rover model zaman pasca perang itu.
Posted by Picasa

Pah Bunde@Tok Ngah Yang Kukenali

Inilah dia anak Lebai Kemala yang dikenali sebagai Pah Bunde @ Tok Ngah@Pek Bunde@Tok Su. Nama beliau yang sebenarnya ialah Suyah binti Lebai Kemala. Ibu beliau setahu aku hanya dikenali sebagai nama gelaran Puyuh, kerana bertubuh kecil.Beliau adalah ibu kepada allahyarham ayahku Abdul Wahid. Sebagai seorang anak kepada Lebai Kemala, beliau mempunyai pelbagai kelebihan terutama dalam ilmu perdukunan dan perbidanan. Setahu aku sejak aku mengenali beliau, ada beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh beliau.

Antara keistimewaan beliau adalah mengubati penyakit seperti batu karang, penyakit berkaitan wanita, mengurut dan membidankan wanita bersalin. Aku masih ingat lagi beberapa ilmu yang pernah diperturunkan kepada aku sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1998. Ada antara ilmu yang diperturunkan kepada aku itu masih aku amalkan sehingga sekarang.
Gambar di bawah adalah gambar ayahku bersama nenekku itu yang diambil semasa zaman perang Jepun. Gambar itu masih lagi aku simpan sehinga sekarang sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan sehingga ke anak cucu. Kalau dilihat daripada raut wajah Pah Bunde itu, nampak mukanya seperti seorang wanita yang serius dan tegas.....dan itulah sebabnya aku selalu dibelasah olehnya semasa kecilku dulu!!!!
Posted by Picasa

Tanda Ingatan Penuh Makna


Inilah hadiah yang aku rasakan amat bernilai bagai warisan keturunanku, walaupun murah harganya tapi tinggi nilai sentimentalnya. Inilah tanda cenderahati yang telah diberikan kepada semua ahli keluarga Lebai Kemala sempena dengan pertemuan keluarga yang pertama yang telah diadakan di Tasik Raban, Lenggong , Perak pada 30 Januari 2006. Semoga dengan tanda ingatan ini, ikatan kekeluargaan waris Lebai Kemala akan terus bersinar selamanya.
Posted by Picasa

Sejarah Warisan Kaum Mandailing

(Petikan dari Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia).
Orang Mandailing diriwayatkan berasal dari Munda yaitu sebuah daerah di India Tengah. Mereka telah berpindah-pindah pada abad-ke 6, karena terpukul dengan serangan bangsa Arayan dari Irak yang meluaskan pengaruh mereka.
Setelah melintasi Gunung Himalaya mereka menetap sebentar di Mandalay, yaitu ibu negara Burma purba. Besar kemungkinan nama Mandalay itu sendiri datangnya dari perkataan Mandailing yang mengikuti logat Burma.
Sekali lagi mereka terpaksa bepindah karena pergolakan suku kaum di Burma yang sering berperang. Pada waktu itu mereka melintasi Selat Malaka , yang pada masa itu bukan merupakan suatu lautan yang besar, sangat dimaklumi bahwa pada masa itu dibagian tertentu Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera hanya di pisahkan oleh selat kecil saja. Kaum Munda telah berjaya menyeberangi laut kecil tersebut dan mendirikan sebuah kerajaan di Batang Pane, Portibi, diduga peristiwa ini terjadi di akhir abad ke – 6.
Kerajaan Munda Holing di Portibi ini telah menjadi mashur dan meluaskan wilayah taklukannya hingga kesebahagian besar pantai Sumatera dan Tanah Melayu. Keadaan ini menimbulkan kemarahan kepada Maharaja Rajenderacola lalu beliau menyerang kerajaan Munda Holing dan negara pantai lainnyadi abad ke-9. Tentera kerajaan Munda Holing yang di pimpin oleh Raja Odap-Odap telah ditewaskan oleh Rajenderacola dan berkuasa di seluruh daerah Batang Pane. Tunangannya Borudeakparujar telah melintasi Dolok Maela (sempena Himalaya yang didaki oleh nenek moyangnya) dengan menggenggam segumpal tanah di Portibi untuk menempah satu kerajaan baru (Menempah banua).
Kerajaan kedua di Sumatera di didirikan di Pidoli Dolok di kenali sebagai kerajaan Mandala Holing artinya kawasan orang-orang Keling. Pada masa itu mereka masih beragama Hindu memuja Dewa Siva.
Di abad ke 13, Kerajaan Majapahit telah menyerang ke Lamuri, Padang Pariaman dan Mandailing. Sekali lagi kerajaan Mandala Holing ini telah di bumi hangus dan hancur.
Penduduk yang tidak dapat di tawan telah lari kehutan dan bercampur-gaul dengan penduduk asli. Lalu terbentuklah Marga Pulungan artinya yang di kutip-kutip. Di abad ke-14 dan ke 15, Marga Pulungan telah mendirikan tiga buah Bagas Godang di atas tiga puncak Bukit namun kerajaan tersebut bukan lagi sebuah kerajaan yang besar, hanya merupakan kerajaan kampung.
Di pertengah abad ke-14, terdapat legenda tiga anak Yang Dipertuan Pagar Ruyung yang bernama Betara Sinomba, Putri Langgoni dan yang bungsunya Betara Gorga Pinanyungan yang mendirikan dua buah kerajaan baru.
Betara Sinomba telah di usir oleh Yang Dipertuan dari Pagar Ruyung karena kesalahan bermula dengan adiknya Putri Langgoni. Kedua beradik tersebut berserta pengikutnya telah merantau dan mendirikan kerajaan di Kota Pinang. Yang di Pertuan Kota Pinang inilah yang menurunkan raja-raja ke Kota Raja, Bilah, Kampung Raja dan Jambi.
Adiknya Betara Gorga Pinanyungan di dapati bersalah belaku adil dengan sepupu sebelah ibunya yaitu Putri Rumandang Bulan. Oleh kerana tidak ada lagi pewaris takhta makanya putri tersebut ditunangkan dengan Raja Gayo.
Sewaktu Putri Rumandang Bulan di bawa pergi ke Gayo beliau telah membawa satu tandan pinang masak lalu ditanamnya sebiji pinang tersebut pada setiap kali rombongan tersebut behenti hinggalah sampai di tebing sebatang sungai.
Di tebing sungei itu baginda telah melahirkan seorang anak laki-laki yang gagah dan perkasa. Ketika rombongan tersebut ingin meneruskan perjalanannya ke Gayo maka datanglah petir dan guntur yang amat dasyat hingga kemah mereka tidak dapat di buka. Begitulah keadaannya sehingga tujuh kali percobaan. Akhirnya seorang Datu telah memberitahu bahawa anak tersebut hendaklah ditinggalkan di atas batu di bawah pohon sena tempat ia dilahirkan kerana putera tersebut akan menjadi seorang raja yang besar di situ.
Putri Rumandang Bulan enggan puteranya ditinggalkan karena dia ingin mati bersama anaknya, apabila Raja Gayo kelak mendapati bahwa dia bukan lagi perawan.
Di dalam keadaan tersebut tepancarlah pelangi maka menitilah tujuh orang bunian di ikuti oleh Dewa Mangala Bulan dari Kayangan. Puteri tersebut di simpan kedalam sungai berdekatan lalu bermandikan dengan bunga-bunga sena yang sedang berkembang. Apabila keluar dari sungai tersebut di dapati perut-perut yang menandakan baginda telah melahirkan tidak lagi kelihatan. Maka nama sungai tersebut di kenali sebagai "Aek Batang Gadis" artinya, air sungai yang memulihkan gadis/perawan.
Anak yang ditinggalkan di bawah pohon sena tersebut telah di temui oleh rombongan Sultan Pulungan yang sedang memburu, lalu dipunggutnya.
Anak yang dibesarkan di dalam kandang di bawah rumah tersebut akhirnya telah berhasil melarikan diri dan mendirikan sebuah kerajaan dan kemudiannya mengalahkan Sultan Pulungan. Anak tersebut yang di kenali sebagai Sibaroar yaitu kandang di bawah rumah akhirnya menjadi raja besar di Penyabungan.
Oleh karena raja di Penyabungan yang tersembunyi diketahui orang akan ibunya maka dipanggilah kerajaannya sebagai kerajaan "MANDE NAN HILANG", pendeknya Mandailing atau pun Mandehilang. Beliau juga adalah pengasas/penegak Marga Nasution., artinya orang sakti.
Ketika cerita kebesaran Sibaroar yang di gelar Sutan Diaru tersebar jauh ke Pagar Ruyung maka Yang Dipertuan Pagar Ruyung pun terkenang akan Putri Rumandang Bulan yang hamil di bawa ke Gayo. Baginda dan pengiringnya pun berangkatlah mengikuti pohon-pohon pinang yang telah di tanam oleh bekas kekasihnya itu hingga sampailah di tepi sungei yang di namakan "Aek Batang Gadis" lalu di bawa mengadap kepada Sutan Diaru di penyabungan.
Setelah panjang lebar bercerita lalu pengasuh yang bernama Sisauwa telah menunjukkan kain sutera kuning pinang masak yang membalut Sutan Diaru sewaktu baginda dijumpai di bawah pohon sena di Aik Batang Gadis berserta aguk yang dikalungkan oleh ibunya Putri Rumandang Bulan. Maka ketahuanlah akan Yang Di Pertuan Pagar Ruyung, bahwa Raja Sutan Penyabungan tersebut adalah anaknya. Seluruh isi negeri bersukaria dan Sutan Diaru pun di tabalkan secara rasmi sebagai Raja Penyabungan.
Pada masa yang sama juga utusan dari Kota Pinang telah datang ke Penyabungan untuk mengundang Yang Dipertuan Pagar Ruyung kesana untuk bertemu kekandanya yang telah lama tidak berjumpa. Lalu kata Yang Dipertuan, "Beta tetap akan mengunjungi kekanda beta di Kota Pinang." Maka itu pada hari ini Kota Pinang di kenali sebagai Tanah Abang, dan Penyabungan di kenali sebagai Tanah Adik, sempena peristiwa Betara Sinomba mengundang adiknya Betara Gorga Pinanyungan di Penyabungan supaya baginda datang ke Kota Pinang walaupun adiknya mempunyai kerajaan yang lebih besar di Pagar Ruyung.
Kerajaan Sibaroar @ Sutan Diaru di Penuyabungan akhirnya bekembang luas menguasai seluruh Mandailing Godang yang sangat subur tanahnya.
Diabad ke-19 yaitu sekitar 1916, Tentera Paderi di bawah pimpinan Tuanku Imam Bonjol telah mengutuskan Raja Gadumbang Porang atau lebih di kenali sebagai Tuanku Mandailing untuk mengislamkan Tanah Mandailing.
Tentera Paderi telah masuk ke Mandailing melalui Muara Sipongi dan menakluki Penyambungan pada awal 1816.
Kemudiannya Belanda pula memasuki Mandailing sekitar 1835, ini telah mengakibatkan banyak dari raja-raja Mandailing yang menentang dan terpaksa mundur dan menyeberangi Selat Melaka dan terus menetap di Tanah Melayu.
Orang-orang Mandailing bekas panglima tentera paderi telah memainkan peranan penting di dalam perjalanan sejarah di Tanah Melayu iaitu Tanah Pelarian. Nama seperti Tuanku Tambusai, Raja Asal, Raja Laut dan Sutan Naposo tercatat di dalam sejarah pergolakan perang saudara di Pahang dan Selangor.
Perpindahan orang Mandailing bermula sejak lama, diantaranya adalah disebabkan perselisihan faham keluarga, menjae atau merajuk, kalah perang atau pelarian atau buruan kerana berbagai kesalahan adat atau hukum. Kejatuhan Penyabungan ketangan Tentera Paderi 1816 dan gerakan mengislamkan Tanah Mandailing berikutnya. Ada diantaranya di hantar ke Semenanjung.
Namun perpindahan yang paling ketara bermula sejak beramai-ramai sebagai budak/abdi dan ada di antaranya melarikan diri bersama keluarga mereka untuk mencari tempat tinggal yang lebih aman.
Serangan Raja Gadumbang Porang atau Tuanku Mandailing dengan tentera paderi tidaklah begitu menekan tetapi apabila Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang Penyabungan dan memburu yang Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya; pembunuhan beramai-ramai telah memaksa sebahagian besar penduduk Mandailing melarikan diri ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 – 1832.
Ada pula di antara raja-raja Mandailing yang mengikut tentera Paderi seperti Patuan Maga, Baginda Sidursat dan lain-lainnya telah menentang Tuanku Lelo. Di bawah pimpinan Tuanku Mandailing beberapa orang panglima perang paderi akhirnya menyerang Kubu Tuanku Lelo di Padang Sidempuan dan menewaskannya.
Salah seorang anak raja Mandailing bernama Jahurlang yang bergelar Tuanku Bosi yaitu anak kepada Patuan Maga telah menyertai Tuanku Imam Bonjol sebelum jatuhnya benteng Padang Sidempuan. Beliau diamanahkan oleh Tuanku Imam Bonjol untuk menjaga Bentang Bonjol pada tahun 1837 – sewaktu beliau berunding dengan Belanda.
Jahurlang atau Tuanku Bosi diberikan pedang Al-malik kepunyaan Tuanku Rao yang terkurban di Air Bagis sebagai tanda mengambil alih pimpinan di Bonjol. Malang sekali Bentang Bonjol tidak dapat dipertahankan kerana kekuatan tentera Belanda, akhirnya Tuanku Bosi dengan pengikutnya tepaksa mundur ke Benteng Dalu Dalu.
Melihat pedang Al-Malik di tangan Tuanku Bosi, maka Tuanku Tambusai telah merencanakan pengunduran beliau bersama pengikutnya dan Benteng Dalu Dalu diserahkan kepada Tuanku Bosi.
Tuanku Tambusai dengan diiringi oleh Tuanku Raja Asal, Abdullah Zawawi (anak kepada Tuanku Bosi) yang kemudiannya di kenali sebagai Raja Laut berundur bersama pengikut mereka ke Tanah Melayu.
Benteng Dalu-Dalu jatuh ketangan Belanda pada 1838. Tuanku Bosi turut terkurban setelah mendapat luka-luka parah di dalam pertempuran tersebut.
Tuanku Tambusai, Raja Asal dan Raja Laut mendarat di Melaka dan pergi ke Lukut mencari tempat tinggal. Tidak lama kemudian Raja Laut diperintahkan kembali ke Sumatera untuk mencari saki baki tentera paderi bagi mengatur serangan balas terhadap Belanda. Raja Asal meninggalkan Lukut kerana terdapat sedikit kekecuhan di sana, beliau pergi ke Kelang membuka Lombong Bijih Timah sekitar tahun 1843. Tuanku Tambusai mencari tempat tinggal yang terpencil di Negeri Sembilan dan menetap di sana.
Raja laut berulang alik antara Sumatera dan Tanah Melayu sambil menyerang kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris, Cina dan India yang melintasi Selat melaka. Maka itu beliau di sebut Raja Laut.
Sekitar tahun 1850, Raja Asal telah meninggalkan Kelang dan berjijrah ke Pahang bersama-sama pengikutnya. Di Pahang Raja Asal telah melibatkan diri di dalam perusahaan melombong bijih timah dan berjual beli bijih timah.
Raja Asal telah dapat menembusi istana Bendahara Tun Ali dan bersahabat baik dengan keluarga pembesar di Pahang. Beliau bersahabat baik dengan Tun Mutahir anak Tun Ali. Tun Ali mangkat pada tahun 1857. Raja Asal telah berkahwin dengan Wan Putih atau dalam bahasa Mandailing di panggil Siputeh.
Perang saudara di Pahang belaku pada tahun 1857 – 1863, Raja Asal terlibat di dalam perang tersebut kerana berkahwin dengan keluarga Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Pahang yang baru.
Perang saudara tersebut di menangi oleh Wan Ahmad iaitu adik kepada Tun Mutahir. Sewaktu luka parah Tun Mutahir telah berundur bersama anak-anaknya Wa Da dan Wan Aman serta Raja Asal kesempadan Negeri Selangor. Wan Putih telah di jemput oleh hamba Raja Asal bernama ‘Sipuntung’, lalu di bawa ke Selangor.
Di Selangor Raja Asal kembali menjalankan usaha membeli dan menjual bijih timah. Dana Paderi yang diamanahkan kepadanya dilaburkan sekali lagi untuk membiayai saki-baki tentera Paderi yang menjadi pengikutnya. Oleh itu beliau sentiasa berhubung dengan Raja Laut yang diutuskan untuk mengumpulkan saki-baki tentera Paderi di Sumatera. Tuanku Tambusai yang sudah uzur tidak lagi memainkan peranan penting untuk memulihkan semula kekuatan Paderi di Sumatera.
Apabila Tuanku Raja Asal mengambil keputusan untuk menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang untuk menentang Raja Abdullah (dalam tahun 1866) maka beliau telah menghubungi Raja Laut untuk mendapat bantuan bekas tentera Paderi di dalam peperangan tersebut.
Sewaktu Kelang jatuh dan kemudiannya Kuala Lumpur turut jatuh kerangan orang-orang Mandailing, Raja Asal telah memerintahkan hambanya Sipuntung untuk membunuh Dato’ Bandar Yassih yang berketurunan Bugis kerana banyak menindas dan menyeksa orang-orang Mandailing.
Campurtangan Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Abdul Samad yang memerintah Selangor mulai 26hb. June, 1868, telah mengubahkan suasana politik di Selangor. Tengku Kudin mendapat bantuan dan sokongan dari nggeris.
Walaupun pada mulanya Raja Asal, Sutan Na Poso dan kapitan Yap Ah Loy bersahabat baik tetapi pada tahun 1871 mereka berselisih faham dengan Yap Ah Loy atas urusan perniagaan bijih timah.
Pada bulan Mei 1872, Raja Asal bersama Raja Laut telah membawa angkatan perang mereka untuk menyerang Kuala Lumpur. Mereka telah berkubu di Petaling Batu, iaitu di Jalan Cheras sekarang, bersama lebih kurang 2,000 orang bekas tentera Paderi dari Sumatera. Satu pertempuran telah berlaku diantara pasukan Raja Asal/Raja Laut dengan pasukan Kapitan Yap ah Loy yang di bantu oleh Kapten Van Hagen dan Kapten Cavalier yang akhirnya mengalami kekalahan teruk di mana seramai 730 tentera mereka telah terkurban.
Kejayaan Raja Asal dan Raja Laut merebut Kuala Lumpur dari Kapitan Yap Ah Loy dan sekutunya telah mendesak Tengku Kudin meminta bantuan tentera dari Pahang dan Pulau Pinang. Pada pertengahan tahun 1872 Pahang telah bersubahat dengan Tengku Kudin untuk mengalahkan Raja Asal yang di sokong oleh orang-orang Mandailing, Rawa (Rao), Batubara dan orang Minangkabau yang merupakan saki-baki tentera Paderi, Raja Asal tersebut bergelar Tuanku Raja Asal – bukanlah bererti beliau itu Raja yang memerintah tanah Mandailing, gelaran Tuanku itu adalah gelaran Panglima Tentera Paderi. Raja di Tanah Mandailing dipanggil Baginda, bukannya Tuanku.
Pada akhir 1872, tentera Pahang telah menyerang kubu Raja Asal di Ulu Kelang. Tentera Pahang yang di pimpin oleh Imam Perang Raja Rosu (Tok Gajah) telah ditewaskan oleh tentera Raja Asal yang di pimpin oleh Panglima dari Mandailing bernama Jabarumun, yang berkubu di Ulu Kelang.
Isteri Raja Asal yang benama Wan Putih (Siputih), bersama orang-orang Telu gigih pula mempertahankan satu lagi kubu Raja Asal yang kini tempatnya dikenali sebagai Siputeh, sempena nama beliau yang dikagumi oleh orang-orang Mandailing.
Pada bulan Mac, 1873, sekali lagi Raja Rosu bersama tentera dari Pahang menyerang Ulu Kelang dengan kelengkapan yang lebih hebat, oleh kerana bantuan yang dinantikan dari Raja Laut tidak dapat mendarat di Kelang maka mereka telah mendarat di Teluk Mak Intan, maka kubu Raja Asal pun jatuhlah ketangan orang Pahang.
Raja Laut bersama lebih kurang 1,000 orang Batak yang baru di Islamkan telah mendarat di satu kawasan yang kini di kenali sebagai Batak Rabit kerana telinga dan hidung mereka menggunakan subang yang besar hingga terjuntai lubang telinga dan hidung mereka.
Raja Laut telah melintasi sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah lalu di panggil mereka Aik Batang Padang ataupun di kenali sebagai Sungei Batang Padang, sedangkan batang dalam bahasa Mandailing itu adalah sungei.
Didalam perjalanan mereka ke Ulu Selangor, mereka telah menerima berita kekalahan Raja Asal di Bukit Nenas lalu mereka bekemah di Ulu Bernam/Slim menanti Raja Asal yang sedang menuju ke Negeri Perak.
Sebelum bertemu dengan Raja Asal di Slim/Ulu Bernam maka satu persetujuan telah diadakan supaya Jabarumun/Raja Barumun di hantar mendapatkan Sutan Na poso (Sutan Puasa) yang bekubu di Ulu Langat bagi mengatur satu serangan balas ke atas Tengku Kudin dan Raja Bosu. Berikutnya Sutan N Poso tidak begitu yakin keraja Raja Asal tidak menyertai pasukan perang yang hanya di pimpin oleh Jabarumun/Raja Barumun.
Pasukan perang tersebut telah pulang tetapi di tengah jalan mereka sempat juga menyerang orang-orang Cina di Pudu dan juga Ulu Kelang. Kedai mereka di bakar dan pembunuhan pun berlaku di kedua-dua kawasan tersebut.
Raja Laut dan pengikutnya tidak mengikut Raja Asal ke Changkat Piatu, mereka telah berkampung di Air Kuning dan Banir di negeri Perak. Raja Laut meninggalkan anaknya yang sulung benama Basir Nasution atau pun lebih di kenali sebagai Syeh Basir guru agama di Air Kuning.
Raja Laut telah kembali kepada cara hidup lamanya berulang alik di Selat Melaka sehinggalah beliau terkorban di dalam salah satu perempuran laut dengan angkatan perang Belanda di Labuahan Bilik.
Anaknya Syeh Basir Nasution telah kembali ke Sumatera untuk mengumpulkan semula kaum keluarganya tetapi beliau tidak lagi kembali menetap di Air Kuning. Anaknya yang tua benama Ja Akob atau di kenali sebagai Jakub tinggal di Banir dan Air Kuning.
Raja Asal telah di terima mengadap Raja Idris iaitu putera Mahrum Teja yang berkuasa di kawasan Teja, lalu diberikan satu kawasan melombong yang luas di Changkat Piatu. Raja Asal juga telah diberikan kuasa mengutip cukai bijih timah di muara pertemuan Sungai Pinji dan Sungai Kinta. Sebuah Pengkalan mengutip cukai yang teguh telah di bina oleh Raja Asal. Oleh kerana ia sebuah pengkalan yang teguh akhirnya mengikut "telor" orang Perak lalu disebut Pengkalan Pegoh.
Raja Asal juga telah membina sebuah perkampungan orang-orang Mandailing di Changkat Piatu, lalu berkumpullah sebahagian besar orang Mandailing di Changkat Piatu. Orang-orang Rawa pula di tempatkan di Gopeng di bawah pimpinan Panglima Jabarumun atau lebih di kenali sebagai Imam Perang Jabarumun.
Isteri Raja Asal yang mengikutinya setelah tinggal di Bukit Nenas di tawan oleh tentera Pahang telah berjalan kaki mencari suaminya hingga sampai kesuatu tempat berhampiran Pusing, di sana beliau bersama pengikutnya telah berkampung sementara menanti utusan Raja Asal menjemput mereka . Kampung tersebut sehingga hari ini di kenali sebagai Siputeh. Itulah sebabnya terdapat dua tempat yang dinamakan Siputeh, masing-masing di Selangor dan di Perak.
Adalah diberitakan bahawa dalam tahun 1874, apabila perjanjian Pangkor termeteri maka banyaklah pembesa-pembesar Negeri Perak yang tidak puashati. Memandangkan Raja Asal ini seorang yang gagah berani dan banyak pengalamannya di dalam peperangan maka datanglah beberapa orang di antara mereka meminta campurtangan beliau (Raja Asal) untuk mengusir Inggeris dari negeri Perak. Raja Asal menolak permintaan mereka untuk campurtangan dalam pergolakan di Perak kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang sepanjang usia remaja dan dewasanya. Paktan untuk membunuh J.W.W Birch tidaklah disertainya tetapi Raja Asal telah meminjamkan hambanya Sipuntung yang sangat dipercayai sebagai tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari campurtangan orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk agama Islam.
Raja Asal tidak pernah menjadi Penghulu di Mukim Belanja, Penghulu Belanja yang pertama adalah Raja Bilah, iaitu anak saudara kepada Raja Asal. Sewaktu J.W.W Birch di bunuh pada tahun 1875 Mukim Belanja belum lagi diujudkan. Sila lihat perlantikan Raja Bilah sebagai penghulu Belanja yang pertama.
Semasa J.W.W . Birch di bunuh Raja Asal sudah mula gering dan tidak mampu lagi mengendalikan urusan melombong ataupun mengutip cukai bagi pihak Raja Idris (Sultan Perak). Akibatnya beliau terhutang $3,000.00 kepada pihak yang berkuasa. Sepanjang keadaannya gering itu Raja Bilahlah yang menguruskan semua urusan Raja Asal. Akhirnya Raja Bilah telah meminta Raja Asal menyerahkan kuasa sepenuhnya kepadanya supaya dapat beliau membayar semua hutang tersebut.
Setelah enam bulan kuasa diserahkan kepada Raja Bilah barulah segala hutang piutang tersebut dapat diselesaikan. Raja Asal dalam usia yang agak lanjut dan kesan dari kekalahan serta kegagalannya tidak lagi merupakan seorang yang aktif di dalam urusan maka itu semua urusan dikendalikan oleh Raja Bilah.
Tuanku Raja Asal telah meninggal dunia pada 1878 dan di semadikan di Changkat Piatu di antara pertemuan Sungai Pinji dengan Sungei Kinta. Sehingga hari ini makam beliau masih tertegak megah di atas tanah perkuburan Changkat Piatu.