Inilah dia anak Lebai Kemala yang dikenali sebagai Pah Bunde @ Tok Ngah@Pek Bunde@Tok Su. Nama beliau yang sebenarnya ialah Suyah binti Lebai Kemala. Ibu beliau setahu aku hanya dikenali sebagai nama gelaran Puyuh, kerana bertubuh kecil.Beliau adalah ibu kepada allahyarham ayahku Abdul Wahid. Sebagai seorang anak kepada Lebai Kemala, beliau mempunyai pelbagai kelebihan terutama dalam ilmu perdukunan dan perbidanan. Setahu aku sejak aku mengenali beliau, ada beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh beliau.
Antara keistimewaan beliau adalah mengubati penyakit seperti batu karang, penyakit berkaitan wanita, mengurut dan membidankan wanita bersalin. Aku masih ingat lagi beberapa ilmu yang pernah diperturunkan kepada aku sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1998. Ada antara ilmu yang diperturunkan kepada aku itu masih aku amalkan sehingga sekarang.
Gambar di bawah adalah gambar ayahku bersama nenekku itu yang diambil semasa zaman perang Jepun. Gambar itu masih lagi aku simpan sehinga sekarang sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan sehingga ke anak cucu. Kalau dilihat daripada raut wajah Pah Bunde itu, nampak mukanya seperti seorang wanita yang serius dan tegas.....dan itulah sebabnya aku selalu dibelasah olehnya semasa kecilku dulu!!!!
Thursday, April 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment