Monday, April 14, 2008

PERTEMUAN DENGAN WARIS DARI THAILAND

Bismillah hirrahmaan nirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Menyayangi

Pada 13 April 2008, aku bersama dengan Abang dan Idan telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan salah seorang waris iaitu Amran, salah seorang cicit Lebai Kemala yang sekarang ini menetap di Yala, Thailand.Beliau telah datang ke Kuala Lumpur bersama dengan 12 orang lagi anggota rombongan rakan sekerja beliau dari Thailand sempena dengan cuti 'Songkhran' selama seminggu di Thailand.

Aku bersama dengan Idan dan Abang telah bertemu dengan Sdr Amran yang menginap di Hotel Cititel Express, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 9.45 pm. Bagi aku sendiri pertemuan ini adalah satu pertemuan yang sungguh dinanti-nantikan memandangkan bahawa semasa aku mengunjungi Thailand pada 29hb Ogos 2006, aku tidak dapat bertemu dengan Sdr Amran secara bersemuka memandangkan keadaan di Thailand yang agak merbahaya untuk bergerak pada waktu lewat petang apa lagi pada waktu malam.

Sdr Amran (berbaju kemeja seperti dalam gambar) merupakan anak sulung daripada pasangan Chu Jah dan Pak Chu Mail daripada 3 orang adik beradik. Beliau adalah seorang doktor di Yala, Thailand sekarang ini. Adik beradik Sdr Amran ialah Maziah dan Hidayah. Maziah adalah seorang guru sekarang ini juga menetap di Yala manakala Hidayah pula adalah seorang jururawat yang baru sebulan bertugas di Yala setelah sekian lama bertugas di Hospital Sikarin, Haadyai.

Kami kemudiannya telah membawa Sdr Amran minum di Restoran Syed, Bangsar Kuala Lumpur sehinggalah ke jam 1.30am 14 April 2008. Banyak hal-hal yang telah kami sentuh semasa perbincangan diadakan di sana. Walaupun pertemuan itu hanya singkat sahaja, tetapi ia telah memberikan erti yang amat besar kepada warisan kita kerana ikatan kekeluargaan kita masih lagi tidak terpisah walaupun tinggal di negara yang berbeza. Semoga Allah akan terus memberkati warisan Lebai Kemala ini walau di mana kita berada.
Posted by Picasa

2 comments:

ainaLizzati said...

salam..it's nice to know ade org yg still care about their family history..sy pon related gak..abang dlm gambar tu is my paklong,my mom's brother..so ape yg sy nk ckp ialah klau bleh wt family tree..bru la nampak mcmne kitorg related..it's just an idea..sy bleh je tlg2..ermm..tu je.tq

theriderinblack said...

Alhamdulillah.Pertemuan keluarga kali ke dua telah pun berjaya diadakan. Kalau adik ada apa-apa bahan untuk diterbitkan dalam blog keluarga ini, silalah email kepada theriderinblack@yahoo.com.my. Memang saya pun sedang cuba mencari lagi bahan-bahan untuk dketengahkan dalam blog ini, sebagai suatu hasil yang bakal dikongsi bersama.