Foto di bawah ini dirakamkan di Taman Tasik Taiping sewaktu aku berumur 2 tahun, tahun 1965 (anggaran aku sahaja) Kenangan ini tidak dapat aku ingati namun berdasarkan kepada gambar ini , aku dapat bayangkan betapa indahnya detik-detik itu sekiranya aku dapat memutarkan kembali jam dan berada semula di sana umpama filem 'Back To The Future.'
Aku berdiri sambil dipangku oleh arwah ayahku manakala abangku Ghazlan pula duduk di tengah-tengah manakala kakak sepupuku, Kak Ti berdiri di belakang aku. Mujurlah gambar ini dapat aku selamatkan daripada menjadi habuan lipas di rumah peninggalan orangtuaku di Kemunting, Taiping.
Foto di bawah ini pula di ambil berlatar belakangkan tasik yang terletak berhampiran dengan gelanggang sepatu roda sekarang ini. Kalau tak silap aku, gambar itu dirakamkan sewaktu aku berusia lingkungan 4 tahun (Tahun 1967) Detik ini masih dapat aku ingati di mana ayahku membawa kami dua beradik ke Taman Tasik Taiping dengan hanya menaiki basikal Raleigh dari berek tentera Salerno Circle (Salerno Line). Sekali-sekala melihat gambar ini, terasa juga betapa kerinduan yang amat mendalam terhadap kaum keluargaku. .....dan semoga kami semua akan mendapatkan kembali kegembiraan lampau yang telah sekian lama hilang....
Friday, April 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment