Friday, April 4, 2008
Kenangan Idilfitri
Gambar di atas ini adalah kenangan sempena dengan sambutan Idilfitri semasa aku dan keluarga berkunjung ke rumah bapa saudaraku , Arwah Ustaz Hj Yusof@Ayah Cha di rumahnya di Seri Kinta Ipoh , Perak. Gambar kenangan ini diambil sekitaran tahun 1999. Berdiri adalah adik perempuanku Sadzral Hatil Zahara sedang memeluk anak saudaraku Sabrina. Dudu di atas kerusi dari kiri ke kanan ialah anak sulungku Nur Hidayah, Anak bonsuku Emyly Nadia Syafinaz, adikku Fairuz Aswan, anak keduaku Katherina Nurul Balkish di atas pangkuan dan di kanan sekali ialah arwahnya Chu Mansor@Chu Chor@Mansor bin Abdul Rahman.
Foto di atas ini pula ialah kenangan Hari Raya yang telah dirakamkan pada tahun 1998 di dalam rumah kami di Tapak Expo, Kemunting, Taiping, Perak. Ibuku duduk di tengah-tengah kerusi itu bersama anak cucunya.Gambar di bawah ini pula adalah gambar kenangan semasa Hari Raya Pada tahun 1985 atau 1986. Berdiri dari kiri ke kanan ialah aku sendiri, adikku Noor Asfihan, Ibuku Meriam, dihadapannya ialah adik bongsuku Fairuz, sebelahnya ialah adik perempuanku Tira, di belakangnya arwah ayahku Abdul Wahid dan kanan sekali ialah abang sulungku Ghazlan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bapa saya Abu Hasan bin Abdul Rahman bin Lebai Kemala
saya adalah keturunan asli kepada Lebai Kemala, skrg berada di Shah Alam.
saya ingin mengenali sejarah keturunan Lebai Kemala dan susur galur darah daging saya.sebab selama ini terpisah.
017-7252886
nenek sy suyah bin lebai kemala..
tok nek sy Suyah binti Lebai Kemala...
Post a Comment